Thursday, 6 June 2013

LELAKI




Allah berfirman:

“Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui dan Aku sendirilah yang mengetahui hikmat penguasaan Bani Adam atas bumi-Ku.Bila Aku telah menciptakannya dan meniupkan roh kepada nya,bersujudlah kamu di hadapan makhluk baru itu sebagai penghormatan dan bukan sebagai sujud ibadah,karena Allah SWT. melarang hamba-Nya beribadah kepada sesama makhluk-Nya.”

Maka terciptalah lelaki. Insan yang mempunyai banyak kelebihan daripada wanita, namun yang demikian kerana kelebihan yang dimiliki  kadang kala memberi kesan yang buruk terhadap wanita apabila disalahguna.


Wanita dimanipulasi bagi mencapai matlamat mereka sedangkan LELAKI diamanahkan untuk membela kaum yang lemah ini. Dimana silapnya? 9 Rasional lelaki vs 1 emosi lelaki...Bisakan terkalah rasional yang 9 berbanding dengan 1 emosi?


Seperti petikan salah satu awek blogger yang saya baca;


Kalau la benar lelaki mempunyai 9 akal 1 nafsu dan perempuan 9 nafsu 1 akal, kenapa......

1. Golongan perempuan di kebanyakkan IPT jauh lebih ramai daripada lelaki, sehinggakan menjadi 3/4 daripada penuntut di IPT? Adakah perempuan lebih bernafsu kerana nafsu 9nya terhadap buku2, lecture note sehinggakan bernafsu melihat pensyarah lelaki yang dah tua botak ditengah kepalanya ? 


2. Golongan lelaki lebih ramai di pusat serenti ? Adakah mereka lebih bijak dalam menjadi kerjaya yang lebih baik kepada diri sendiri daripada perempuan kerana 9 akalnya ? 


3. Golongan lelaki lebih ramai menceburi bidang rempit daripada perempuan ? Adakah kerana 9 akalnya menyebabkan mereka terfikir mereka tak mampu nak mati shahid di palestin, lalu mereka mati 'shahid' di jalan yang tinggi [highway] ? 



Ayuh, marilah kita sama2 meneliti ciri2 lelaki soleh seperti yang dimaksudkan di dalam Al-Quran dan Al-Hadis :-
  1. Sentiasa taat kepada Allah dan RasulNya.
  2. Jihad fisabilillah adalah matlamat hidupnya.
  3. Mati syahid adalah cita2 tertinggi.
  4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran daripada Allah.
  5. Ikhlas dalam beramal.
  6. Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya.
  7. Sangat takut kepada ujian Allah dan ancamannya.
  8. Selalu memohon ampun atas segala dosa2nya.
  9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.
  10. Solat malam menjadi kebiasaannya.
  11. Tawakal penuh kepada Allah dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah semata-mata.
  12. Selalu berinfak sama ada ketika lapang ataupun sempit.
  13. Menerapkan nilai kasih syang sesama mukmin dan ukhuwwah antara mereka.
  14. Sangat kuat amar makruf dan nahi mungkarnya,iaitu mengajak ke arah kebaikan dan mencegah perbuatan mungkar.
  15. Sangat kuat memegang amanah, janji dan rahsia.
  16. Seorang pemaaf dan berlapang dada dalam menghadapi kejahilan manusia,sentiasa saling mengingatkan antara sesama saudara dan tawaduk kepada Allah.
  17. Memberikan kasih sayang kepada keluarga.



No comments:

Post a Comment